Isnin, 30 April 2012

safee sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safee sali - Google Blog Search


<b>Safee Sali</b> Cerai Talak Satu | OHBULAN!

Posted: 02 Apr 2012 04:52 AM PDT

Akhbar Utusan & The Star melaporkan pemain bola sepak bertaraf jutawan, Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof dalam sebuah prosiding tertutup di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar, Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah dan turut ditemani oleh peguam masing-masing. Difahamkan, peguam kepada Sabarina, Izura Nashuha Abdul Hadi mengesahkan penceraian ini dilakukan dengan cara baik dan proses tuntutan nafkah dilakukan secara persetujuan antara dua pihak.

Punca penceraian bagaimanapun tidak dinyatakan.

Pada 27 Mac 2012, Safee Sali telah mengugurkan permohonan perintah kembali taat terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Awal Februari lalu, Safee Sali telah memperbaharui kontrak dua tahun bernilai RM2 juta dengan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC.

Mereka ini dilaporkan tinggal bersama dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2, di Apartment Bona Vista, kediaman mewah yang disediakan kelab tersebut di negara jiran itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved