safee sali - Google Blog Search |
| <b>Safee</b> dipanggil bantu jumpa Sri Lanka - Utusan Online Posted: 16 Apr 2012 03:56 PM PDT Safee dipanggil bantu jumpa Sri LankaOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal membuat sedikit kejutan apabila menyenaraikan dua orang lama, G. Jeevanantham (Selangor) dan Sani Anuar Kamsani (Sarawak) bagi posisi penjaga gol sempena perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka pada 28 April ini di Stadium Shah Alam. Meminggirkan beberapa nama yang sinonim dengan skuad kebangsaan kebelakangan ini seperti Nasril Nourdin (Perak), Syed Adney Syed Hussein (Sabah) dan Norazlan Razali (Selangor), penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd. Farizal Marlias melengkapkan tiga penjaga gol yang disenaraikan Rajagobal. Selain itu, penyerang berbisa Pelita Jaya FC, Safee Sali turut ditagih khidmatnya oleh Rajagobal dalam usaha memburu seberapa banyak jaringan bertemu pasukan yang kini berada di ranking 181 dunia. Membantu Safee di bahagian serangan, penyerang yang semakin meningkat naik dari Pahang, Azamuddin Mohd. Akil, Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ashri Chu Chu (Sarawak) dan Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda A). Rajagobal turut membawa masuk tiga lagi pemain Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal Wan Noor. Muka-muka baru yang dipanggil adalah Mohd. Faiz Subri (T-Team), Rozaimi Abdul Rahman (Sabah) dan Mohd. Nizam Abu Bakar (Felda United). Beberapa pemain yang kembali mendapat panggilan adalah Helmi Remeli (PKNS) dan Muhammad Shahrom Abdul Kalam (Perak). Tidak dapat memanggil beberapa tonggak utama dari Kelantan dan Terengganu yang terikat dengan Piala AFC jelas memberikan kesukaran kepada beliau dalam usaha mencari kombinasi terbaik dan memilih pemain-pemain lain bagi melengkapkan senarai 26 pemain yang dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan yang bermula pada 20 hingga 29 April ini. Selepas jatuh mendadak ke tangga 156 dalam ranking 11 April lalu, skuad Harimau Malaya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat tekanan daripada pelbagai pihak yang mahukan lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa berkelas A diadakan. |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan