safee sali - Google Blog Search |
| <b>Safee Sali</b> Hiasi Muka Depan Maskulin Posted: 31 May 2012 07:50 PM PDT Kini ramai yang menceritakan tentang kejayaan 'wonderkids' Malaysia, Nazmi Faiz yang mengikat kontrak bersama sebuah kelab Eropah, Beira-Mar FC. Namun, kegemilangan Safee Sali masih lagi tidak dilupakan. Mohd Safee Mohd Sali, 28, yang telah menempa nama di negara jiran, Indonesia kini tampil bergaya tampan menghiasi muka depan majalah Maskulin Edisi Jun. Dalam edisi ini, Safee Sali turut berkongsi kisah perjalanan suka duka hidupnya selepas berpindah ke Indonesia. "Kehidupan seharian saya di Indonesia lain daripada di sini. Di sana peminatnya amat fanatik dan lebih hebat daripada Malaysia. "Semangat mereka luar biasa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk pasukan pilihan mereka. "Bila saya pulang ke sana, kelab telah menyediakan beberapa orang pengawal peribadi bagi menjamin keselamatan di mana sahaja saya berada," ujar Safee Sali menerusi majalah tersebut. Beliau yang sebelum ini telah menaikkan nama Malaysia sebagai Johan Piala Suzuki AFF 2010 dan kini menjulang namanya di Indonesia selaku ketua pasukan Pelita Jaya FC. Bagi mendapatkan berita menarik ini dengan lebih lanjut, dapatkan majalah Maskulin Edisi Jun di pasaran hari ini. Oleh: HARITS ASYRAF Iklan Teks:Berita Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan