Rabu, 24 Oktober 2012

Safee Sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safee Sali - Google Blog Search


Hanif Bin Idrus Blog: Kasihan <b>Safee Sali</b>

Posted: 14 Oct 2012 05:00 PM PDT

Salam Satu Blogger, hari  ini nak cerita tentang bolasepak Malaysia yang spesifik tentang Safee Sali yang tidak dibenarkan mewakili Malaysia atas sebab majikan beliau Pelita Jaya yang bernaung di bawah  Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PPSI) diganting oleh FIFA.

Kasihan Safee Sali tentang beliau tidak boleh bermain di Piala Suzuki nanti. Tapi aku rasa satu Malaysia pun dah tahu, masa beliau sain kontrak dengan Pelita Jaya kemelut PPSI dah pun bertiup kencang beliau dah faham dan tahu kesannya pada beliau nanti.

Mungkin pengaruh gaji dan uang pada masa itu menyebabkan beliau tidak memperdulikan sangat kemelut PPSI ketika itu. Dan kini menyesal dan resah kerana tidak dapat bermain di Piala Suzuki nanti.
Entah!! Nak kasihan sangat kat beliau pun tak ler juga sebab dia dah tahu awal-awal...emmm
Itu pendapat aku ler...

Kalau aku ditempat Safee ketika itu pun pasti akan sain kontrak juta-juta tu..hehehehe.
Dan kini Safee Sali akan berjuang bermat-matian untuk mendapatkan tempat di Piala Suzuki tu.
Lawan macam mana, FIFA dah buat keputusan. Dan bukan kau sahaja yang mendapat tempias tetapi pemain-pemain Indonesia yang akan main Piala Suzuki juga nanti.

Good luck Safee dan aku dengar juga bahawa pemilik Pelita Jaya yang juga tuan punya kelab bola di Australia nak transfer Safee ke sana agar beliau boleh bermain di Piala Suzuki nanti.

Walau apa pun kita semua doakan agar Malaysia dapat memperolehi Safee kembali beraksi di perlawanan penting ini. Bukan kerana Safee tapi demi maruah bolasepak Malaysia. Kerana skillnya!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved