safee sali - Google Blog Search |
| <b>Safee Sali</b> Nafi Bercuti Bersama Julia Hana | OHBULAN! Posted: 05 Oct 2012 12:00 AM PDT
Sewaktu berjumpa di majlis pelancaran haruman terbaru AVON, "Centre Action" pagi tadi, Safee Sali telah menafikan gosip tersebut dan mengaku yang dia juga tidak pernah mengenali siapa Julia Hana yang sebenarnya. "Saya tak ada kat Langkawi dan saya pun tak kenal siapa Julia Hana. Sampailah saya pergi google dan cari siapa Julia Hana yang sebenarnya. " "Saya rasa terkejut dan sebagai pemain bola sepak ini merupakan pengalaman terbaru bagi saya. Mungkin pelanduk dua serupa kot. Lagipun, sepanjang 28 tahun, saya tak pernah pergi Langkawi," ujar Safee Sali sambil tersenyum. Sewaktu pihak media mengajukan soalan, dimanakah Safee Sali sewaktu gambar tersebut diambil? Dengan tenang, Safee menjawab ketika gambar tersebut diambil, dia berada di Shah Alam dan sedang menjalani latihan sendiri. Pemain bola sepak ini turut merasa pelik dan tidak sangka gosip tersebut boleh timbul. "Saya tak tahu kenapa benda macam ini boleh timbul. Mungkin sebab status saya seorang duda, jadi orang saja nak cari publisiti untuk diri saya." "Saya sekarang ini tengah sibuk dan mahu fokus kepada kerjaya saya sahaja. Akan tetapi gosip sebegini langsung tidak menjejaskan kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak," ulas Safee kepada pihak media. Apabila menyentuh kepada topik persoalan, apakah ciri-ciri wanita pilihan pemain bola sepak ini. Lantas Safee menjawab, "Sudah tentu saya nak yang cantik dan faham dengan keadaan diri saya yang sentiasa sibuk dan penat. Kalau penat, saya akan cepat moody dan marah, jadi saya nak orang yang boleh faham dan terima perangai saya." Merujuk perkembangan terbaru, Safee Sali kini dipilih menjadi muka baru bagi produk wangian terbaru AVON, "Centre Action" dan akan mengikat kontrak bersama produk tersebut selama setahun. |
| Gambar: Adakah Ini Kekasih <b>Safee Sali</b>? | ROTIKAYA Posted: 05 Oct 2012 03:59 AM PDT
Menariknya, untuk mengukuhkan penafian tersebut Safee Sali mengakui yang beliau kini sedang bercinta dengan seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti gadis tersebut. Cabaran ini kami terima dan seorang pembaca kami di Jakarta, Indonesia telah mengirimkan dua keping gambar yang di'dakwa sebagai Safee Sali bersama teman wanita beliau. Mereka berdua di'lihat mesra berjalan sambil berpimpin tangan di sekitar Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia. Menurut sumber kami, gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di'sana. "Cukup saya kata kekasih saya bukan Julia Hana. Dia (kekasih) bukan juga artis atau orang ternama. Pada masa ini, biarlah hal ini peribadi menjadi hal peribadi dan tidak dikongsi dengan masyarakat," ujar Safee Sali kepada Utusan Malaysia hari ini. |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan