safee sali - Google Blog Search |
| <b>Safee Sali</b> Tak Kenal Julia Tapi Dah Ada Kekasih Baru Posted: 05 Oct 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Jangan Tak Lihat Teks: Shaiful Shamsudin KUALA LUMPUR, 5 OKT 2012: "Baru semalam saya google nama Juliana Hana. Saya tidak tahu siapa dia sebelum ini," demikianlah reaksi Safee Sali apabila diserbu pihak media berikutan heboh gosip yang mendakwa dia dan pelakon itu sedang menyulam cinta. Kisah mereka mula menjadi bualan selepas mereka dituduh bercuti bersama di sebuah pusat peranginan di Pulau Langkawi. Penyerang Harimau Malaya yang beraksi untuk kelab Pelita Jaya itu nyata terkejut kerana dikaitkan isu sebegitu sedangkan dia hanyalah sebagai pemain bola sepak. Bagaiamanapun, Safee menganggapnya sebagai pengalaman baru. Apa sekalipun, Safee tidak menolak kemungkinan insiden itu terjadi kerana orang tersalah anggap sambil menganggap orang yang dilihat itu mungkin menyerupainya. "Mungkin orang berkenaan adalah pelanduk dua serupa saya. Selama 28 tahun saya hidup, saya tidak pernah berjumpa dengan Julia Hana. "Pada tarikh dan masa saya didakwa bercuti dengannya, saya berada di Shah Alam kerana menjalani latihan sendiri," terangnya dengan tenang. Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu menganggap faktor statusnya yang kini menduda juga mungkin menjadikan spekulasi itu lebih sensasi. "Saya mahu fokus kepada kerjaya. Bukan saya tidak mempunyai perancangan untuk kahwin, tapi biarlah saya beri tumpuan kepada latihan bola sepak terlebih dahulu," Walaupun dalam kesibukan, Safee berkata dia tidak pernah mengabaikan dua anaknya,Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2,, iaitu hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isteri, Sabrina Yusof. "Kalau ada masa terluang saya akan menjenguk mereka," jelasnya sambil menganggap dia akan cuba menyesuaikan diri dengan gosip sebegini. Sementara itu, Safee tidak menolak dakwaan yang mengatakan dia sudah mempunyai kekasih hati yang baru. |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan