safee sali - Google Blog Search |
| Pilihan Anda: <b>Safee Sali</b> kecewa keputusan seri memalukan <b>...</b> Posted: 14 Nov 2012 07:01 PM PST 11:01 AM | Posted by Desperado KECEWA! itulah keluhan yang dapat diungkapkan penyerang Harimau Malaya, Safee Sali apabila kesilapan pasukan memakan diri dan hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam tadi. Enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, beliau menyifatkan kesilapan yang berlaku adalah tanggungjawab pasukan dan perlu dijadikan pengajaran di masa depan. "Memang sedikit mengecewakan kerana jaringan saya tidak membantu untuk mencatat kemenangan yang dinantikan oleh peminat. "Tapi, saya tetap berfikiran positif dan optimis rakan sepasukan mampu bangkit pada kejohanan sebenar nanti," kata Safee ketika ditemui selepas berakhirnya perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Hong Kong. Dalam perlawanan itu, Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong selepas meraih dua kekalahan berturut-turut - kecundang di tangan Vietnam (0-1) dan kemudiannya diaibkan Thailand (0-2). Tambah Safee: "Kami masih ada baki persahabatan berdepan Bangladesh. Dan itu peluang bagi kami mengkaji semula kelemahan yang timbul." "Apa-apa pun, saya tetap yakin dengan pasukan Malaysia dan kebolehan yang dimiliki oleh setiap pemain," katanya yang turut memberitahu mereka bakal ke Pulau Pangkor bagi mengembalikan semula semangat pemain negara. Safee yang juga penyerang kelab Pelita Jaya turut menjelaskan bahawa beliau perlu menanam suntikan moral kepada rakan-rakan terutamannya selepas berdepan tekanan dari pelbagai pihak berikutan kekalahan terbaru ini. "Saya perlu bantu pasukan menaikkan kembali semangat pemain selepas kepenatan mengharungi dua persahabatan. "Selain itu, saya juga menyeru rakan-rakan sepasukan agar terus bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang ada," ujarnya lagi. PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Post Berkaitan : SUKAN, TERKINI © 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini. |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan