safee sali - Google Blog Search |
| <b>Safee Sali</b> Wajah Wangian Centre Action Avon - Gua.com.my Posted: 05 Oct 2012 09:00 AM PDT Pemain bola sepak negara, Mohd Safee Mohd Sali telah dilantik menjadi wajah wangian terbaru Avon, 'Centre Action' selama satu tahun. Perlantikan Safee untuk jenama produk bertaraf antarabangsa ini dilihat sebagai satu pilihan yang tepat memandangkan personaliti beliau yang mencerminkan pesona lelaki Centre Action yang agresif dan bersemangat. "Wangian Centre Action yang segar amat sesuai dengan saya sebagai seorang ahli sukan. Baunya juga amat sesuai dengan saya dan saya sangat gembira dengan hasil produk ini," ujar Safee ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian serta memperkenalkan wajah 'Centre Action', di pejabat Avon, Petaling Jaya, pagi semalam. Menyentuh mengenai kerjasamanya dengan Avon, penyerang pasukan Pelita Jaya FC Indonesia ini memberitahu, "Saya sudah mengikuti perkembangan Avon sejak dari dulu lagi dan saya yakin dengan jenama bertaraf antarabangsa ini. Atas sebab itulah, saya sangat berminat untuk bekerjasama dengan mereka. "Sebagai pemain profesional juga, saya amat menitikberatkan penampilan diri dan saya akan memakai wangian ini walaupun ketika melakukan latihan di padang. Saya sendiri sudah mencubanya selama lima bulan dan memang ada satu tarikan yang istimewa dalam haruman ini. Banyak komen positif yang saya terima dan saya sendiri akan memperkenalkannya kepada rakan di sini dan juga di Indonesia." 'Centre Action Eau De Toilette' diilhamkan menerusi gabungan wangian rempah, kehijauan dedaun basah dan lada hitam bagi menyemarakkan lagi adrenalin sang jejaka. Kesegaran limau gedang, lavender dan dedaun violet menyerlahkan lagi keberanian si pemakai di samping sentuhan lelumut dan vetiver Haiti untuk mengujakan lagi aura keyakinan diri. Wangian ini akan berada di pasaran bermula 16 Oktober pada harga RM69 (S&S RM79.35) bagi setiap botol 75ml. Anda akan menerima cermin mata hitam eksklusif secara percuma dengan setiap pembelian 'Centre Action'. Bagi yang berminat, boleh menghubungi wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon yang berhampiran. |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan