Isnin, 3 Disember 2012

safee sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safee sali - Google Blog Search


Kelantan Ikat Penyerang Muda Australia, Intai <b>Safee Sali</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 09:05 PM PST

Oleh QAYYUM HAKIMI

dimitriKOTA BHARU – Pemain skuad bawah 23 tahun Australia, Dimitrios Pertratos dan bekas penyerang Johor FC, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal sah menjadi milik juara treble, Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemilihan Pertratos, penyerang yang baru berumur 20 tahun itu merupakan satu langkah tepat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) setelah gagal menyambung khidmat penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Mohammad
Ghaddar.

Kontrak Mohammad Ghaddar, penyerang yang berasal dari Lubnan tidak disambung setelah pemain berkenaan menuntut kenaikan gaji 100 peratus dan pihak Kafa secara realistik tidak mampu memenuhi permintaannya.

Pada masa yang sama, Kelantan juga sedang mengintai penyerang sensasi negara, Safee Sali yang kini beraksi dengan kelab Pelita Jaya, Indonesia bagi mengukuhkan jentera serangan selepas kehilangan dua tonggak utama.

Mengenai, Pertratos, pemain yang beraksi dengan Sydney FC itu dipinjamkan untuk tempoh enam bulan bagi mewakili Kelantan setelah jarang diberi peluang beraksi sebelum ini.

Kehadiran Pertratos dilakukan setelah ejennya, James Hardy melakukan rundingan secara senyap dengan pihak pengurusan Kafa beberapa minggu lalu sebelum berita mengenai penghijrahan pemain itu tersebar dalam sebuah
portal sukan, Australian FourFour Two baru-baru ini.

Dalam erti kata lain, Hardy menganggap tawaran juara treble itu cukup bermakna dan menarik bagi membawa Pertratos ke luar negara setelah reputasinya selaku penyerang hebat dipandang sepi kelab dinaunginya itu.

Dalam pada itu, status seorang lagi pemain import terbaru The Red Warriors bakal terjawab hari ini apabila pihak Kafa dijangka mengumumkan nama pemain berasal dari Croatia itu pada majlis memperkenalkan pemain di Kota Bharu,
petang ini.

Sementara itu, Kafa turut memilih Mohd Haris Safwan, pemain yang hanya mampu meledakHARIS SAFWANkan dua gol dalam saingan Liga Super musim lalu selaku penggempur baru Kelantan bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talaha yang sah
berhijrah ke Johor musim depan.

Pemilihan Mohd Haris Safwan bagaimana pun dipertikaikan segelintir penyokong setia The Red Warriors yang menganggap kehadiran pemain tersebut tak ubah seperti 'kuda tua' yang menumpang pasukan Kelantan.

Sementara itu, pakar situasi bola mati, Zairo Annuar Zailani serta penyerang, Mohd Faiz Subri akhirnya menamatkan spekulasi mengenai kedudukan mereka bersama T-Team apabila turut memilih untuk menyarung jersi Kelantan pada saingan Liga Malaysia musim depan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved