Selasa, 8 Januari 2013

Safee Sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safee Sali - Google Blog Search


<b>Safee Sali</b> : "Saya Kecewa Harimau Malaya Terus Dikritik."

Posted: 04 Dec 2012 05:05 AM PST

alt

 

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Pasukan Bola Sepak Kebangsaan akan terus memberi tumpuan dan fokus dalam menghadapi persaingan Piala AFF Suzuki 2012 tanpa memikirkan tohmahan dan kritikan yang boleh menumbangkan semangat setiap pemain.

Penyerang pasukan Safee Sali menjelaskan, dirinya mengakui agak kecewa dengan sikap segelintir peminat yang berterusan mengkritik Skuad Harimau Malaya walaupun menunjukkan maklumbalas positif menerusi rekod kejayaan sehingga layak ke separuh akhir bagi Piala AFF Suzuki.

"Itu (kritikan) adalah lumrah dan adat terutama di Malaysia bagi pemain bola sepak profesional seperti kami. Saya berkecil hati dengan kritikan dan tohmahan tidak membina daripada peminat tempatan. Peminat sesuka hati mengkritik dan melontarkan suara (berhubung prestasi Harimau Malaya).

"Tetapi bagi kami...kami ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Tidak perlu mendengar apa kritikan dan tohmahan yang dibuat. Selepas kami jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, segala tohmahan dan kritikan itu akan kembali ke muka mereka," katanya dalam Program Dalam Radar, terbitan Radio24 hari ini.
 

Beliau turut melahirkan keyakinan yang tinggi majoriti peminat Skuad Harimau Malaya akan terus memberi peransang, semangat dan sokongan padu terhadap setiap pasukan menampilkan aksi lebih cemerlang seterusnya menjulang kejayaan pada kejohanan tahun ini.

Safee juga menegaskan, pasukan Kebangsaan akan terus memberi sokongan terhadap Datuk K. Rajagobal walaupun pengendali berusia 56 tahun itu dikecam hebat apabila skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012.

"Bukan salah jurulatih atau sesiapa sahaja. Bagaimanapun sebagai pemain, kami akan berusaha untuk mempamerkan aksi yang lebih baik serta yakin dengan keluarga besar dalam pasukan," katanya.

Dalam pafa itu, Safee juga menjelaskan Skuad Harimau Malaya begitu bersemangat dan tidak sabar untuk berdepan pasukan Thailand pada Ahad ini.

Walaupun atas kertas Thailand dianggap pasukan pilihan, beliau berkata setiap pasukan mempunyai kelebihan serta kelemahan dan perkara itu tidak terkecuali kepada Thailand.

Perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember.
 

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved