Safee Sali - Google Blog Search |
| <b>Safee Sali</b> Sah ke Johor FC | Ais Kosong Posted: 05 Dec 2012 09:11 PM PST Kepastian telah terjawab apabila Johor FC telah bersetuju untuk meminjam pemain merbahaya Arema FC iaitu Safee Sali selama 1 tahun mengikut kontrak. Safee Sali berkata dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, skuad Johor akan muncul sebagai pesaing hebat dalam memburu kejuaraan pada saingan Liga Super musim depan. Pemain yang dimaksudkan itu adalah ketua pasukan kebangsaan iaitu Safiq Rahim serta pasangan kembar Mohammad Aidil Zafuan dan Mohammad Zaquan Adha Radzak dan tidak ketinggalan juga penyerang merbahaya negara iaitu Norshahrul Idlan Talaha. Katanya lagi, beliau akan menyertai latihan bersama pasukan Johor selepas berakhir Piala AFF Suzuki. Kali terakhir Safee beraksi di Malaysia adalah ketika bersama skuad Selangor FA dan merupakan penyerang utama Selangor FA pada ketika itu. Akhir kata dari Safee Sali, keputusannya menyertai skuad Liga Super Johor pada musim depan adalah untuk 'menyelamatkan' kariernya dalam arena bola sepak. |
| You are subscribed to email updates from Safee Sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan