Isnin, 27 Mei 2013

Safee Sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safee Sali - Google Blog Search


JUTAWAN BOLA SEPAK MALAYSIA <b>SAFEE SALI</b> - mysumber.com

Posted: 31 Jan 2012 11:35 PM PST

Dengan menyambung kontrak terbaru selepas kontrak yang sebelum ini berakhir pada 31 Januari 2012 selama 2 tahun lagi yang bernilai RM2 juta bersama pasukan kelab Pelita Jaya FC,sekaligus Safee Sali mencatat sejarah bergelar jutawan bolasepak pertama di Malaysia

Perkara dan keputusan ini disahkan Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun

jutawan bola sepak Safee Sali SAFEE SALI JUTAWAN PERTAMA BOLA SEPAK MALAYSIA

Menurutnya, keistimewaan tersebut disediakan oleh Kelab Pelita Jaya FC sebagai tanda penghormatan kepada Safee selaku ketua pasukan kelab tersebut

Beliau juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej. Kelab tersebut akan mendapatkan sokongan komersial bagi pelbagai produk di Indonesia untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran," katanya dalam satu kenyataan

Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya

Akademi itu sudahpun memiliki 600 pelajar di Jakarta dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia,katanya

Zakaria turut menyambut baik keputusan Safee untuk kekal menyarung jersi Pelita Jaya FC dan yakin penyerang tersebut sudah meneliti perkara itu sedalam-dalamnya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko

Jelas Zakaria, komitmen dan pengorbanan Safee dilakukan demi membantu menaikkan imej bola sepak negara dan meniup semangat pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved