Sabtu, 20 Julai 2013

safee sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safee sali - Google Blog Search


<b>Safee Sali</b> Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - My Blog Santai

Posted: 01 Feb 2012 02:27 PM PST

Miliki MyQalam hari ini juga

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Tahniah buat pemain bola sepak Malaysia, Safee Sali yang berjaya menggondol gelaran Jutawan Bola Sepak Malaysia yang pertama. Kenyataan ini disahkan oleh pengurus Safee sendiri, Zakaria Rahim.

Zakaria berkata Safee membuat keputusan untuk terus mengikat perjanjian dengan kelab Pelita Jaya FC. Sejurus selepas menandatangani perjanjian tersebut, Safee diberi pelbagai keistimewaan. Ia disediakan oleh Pelita Jaya FC sebagai tanda penghormatan kepada Safee selaku ketua pasukan Pelita Jaya.

Safee bakal menerima sebuah rumah, kenderaan, pemandu peribadi, bonus tetap perlawanan, cukai dibayar oleh kelab serta tiket pergi balik ke Kuala Lumpur untuk tempoh 2 tahun. Kesemua ini dianggarkan melebihi RM2 juta dan ianya terdapat dalam kontrak yang ditandatangani oleh Safee Sali.

Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya.

Safee turut diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan masanya tiba. Ianya bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara tersebut.

Antara kelab yang menjadi milik penuh Pelita Jaya Cronus ialah Pelita Jaya FC di Indonesia, Brisbane Roar FC di di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay.

Bagaimanapun terdapat beberapa pasukan yang turut melamar Safee Sali. Kemaafan dipinta darinya kerana tidak dapat memenuhi permintaan kelab-kelab yang memerlukan khidmatnya. Antaranya Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC, Johor FA. Bagi Selangor FA pula, mereka sentiasa menantikan Safee Sali kembali ke pasukan mereka.

Selain itu, Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand juga berminat untuk mendapatkan Safee Sali. Tetapi terpaka ditolak kerana Safee membuat keputusan untuk terus bersama Pelita Jaya. Kontrak sebelum ini berakhir pada 31 Januari lepas dan disambung untuk tempoh 2 tahun.

Tahniah Safee Sali! :)

**Safee Sali Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved