Selasa, 6 Ogos 2013

Safee Sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safee Sali - Google Blog Search


<b>Safee Sali</b> kecewa gagal bantu Harimau Malaya ABN News | BM

Posted: 12 Jul 2013 01:57 AM PDT

PETALING JAYA – Penyerang Harimau Malaya Safee Sali kecewa kerana kecederaan pada pangkal paha kirinya yang belum pulih menafikannya untuk membantu pasukan negara pada perlawanan persahabatan menentang Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.

Penggempur Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata kecederaan yang dialaminya  ketika JDT menentang Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun lepas itu, belum pulih sepenuhnya.

"Kecewa ada… geram pun ada kerana kemungkinan besar saya tidak dapat bersama-sama rakan sepasukan Selasa ini. Lagi pun, lama saya tidak beraksi bersama skuad kebangsaan," katanya.

Beliau ditemui Bernama pada sesi latihan pusat pertama skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, dekat sini malam tadi.

Bekas pemain pasukan Pelita Jaya, Indonesia itu, bagaimanapun berharap akan diturunkan pada perlawanan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam pada 21 Julai, bagi menebus kekecewaannya itu.

"Saya harap dapat segera pulih sepenuhnya daripada kecederaan untuk membantu pasukan negara menentang Chelsea nanti," katanya.

Selain Safee, seorang lagi pemain JDT Safiq Rahim terpaksa menjalani latihan berasingan pada hari pertama latihan pusat pasukan kebangsaan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Mengenai latihan hari pertama Harimau Malaya yang bermula semalam, Safee berkata perkara itu tidak menjadi masalah kerana sebagai pemain profesional, mereka sudah biasa menjalani latihan dalam keadaan berpuasa.

Kulit <b>Safee Sali</b> makin cerah@putih ? - Portalkini

Posted: 24 Jul 2013 11:34 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sapa perasan kat sini, kalau tgk ada sesetengah player Harimau Malaya ni. kulit dorang makin cerah plop.. Yg paling jelas den nampak Safee Sali ni.. Pakai produk pencerah ke apa ??

<b>Safee Sali</b> (Pelita Jaya) : Gaji RM118,000 Sebulan - Berita Terkini

Posted: 01 Feb 2012 04:10 AM PST

Apa yang boleh kami katakan, tahniah kepada Ketua Pasukan Pelita Jaya dan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali kerana baru sahaja menyambung kontrak yang cukup lumayan. Mungkin ramai yang tak terfikir pemain bola sepak Malaysia mampu mencapai pencapaian sebegini rupa.

Tetapi tiada yang mustahil, jika ada kalangan bola sepak Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh, ditambah mempunyai semangat dan keazaman ibarat jelmaan lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Dan kami fikir sememangnya Safee Sali berhak memperolehinya hasil usaha keras beliau selama ini. Sebelum ini teka-teki mula timbul apabila pemain bola sepak Malaysia yang sekarang sedang berkelana di Jakarta, Indonesia, Safee Sali  bakal disunting pasukan Johor. Tawaran?

  • gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
  • berbanding gaji bulanan Safee Sali sebelum ini juga bersama pasukan Pelita Jaya sekitar AS$1o,000 (RM30,400)
  1. bonus tetap perlawanan
  2. rumah
  3. kenderaan
  4. pemandu peribadi
  5. cukai dibayar oleh kelab 
  6. tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab 
  7. penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC

Kelebihan Lain Yang Bakal Dinikmati Safee Sali Selama Bersama Kelab Pelita Jaya FC:

Sebelum ini Safee Sali Dikatakan Berdepan Masalah Ketika Bermain di Pelita Jaya Apabila :

  • Safee Sali berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

Walaubagaimanapun status terkini mengenai permasalahan tersebut berdasarkan semakan kami di laman Facebook Rasmi Safee Sali adalah seperti berikut :

(Sumber gambar : Facebook Rasmi Safee Sali)

P/S : Pemain bola sepak Malaysia pertama bergelar jutawan. Tahniah sekali lagi kepada Safee Sali.

P/S : Harapan kami, Safee Sali terus menimba seberapa banyak pengalaman selama bersama pasukan Pelita Jaya dan meningkatkan lagi permainan bagi membantu "sisa perjuangan" bersama-sama "mengangkat" prestasi pasukan bola sepak Malaysia sekarang ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved