Jumaat, 6 September 2013

safee sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safee sali - Google Blog Search


<b>Safee Sali</b> (Pelita Jaya) : Gaji RM118,000 Sebulan - Berita Semasa

Posted: 01 Feb 2012 04:10 AM PST

Apa yang boleh kami katakan, tahniah kepada Ketua Pasukan Pelita Jaya dan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali kerana baru sahaja menyambung kontrak yang cukup lumayan. Mungkin ramai yang tak terfikir pemain bola sepak Malaysia mampu mencapai pencapaian sebegini rupa.

Tetapi tiada yang mustahil, jika ada kalangan bola sepak Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh, ditambah mempunyai semangat dan keazaman ibarat jelmaan lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Dan kami fikir sememangnya Safee Sali berhak memperolehinya hasil usaha keras beliau selama ini. Sebelum ini teka-teki mula timbul apabila pemain bola sepak Malaysia yang sekarang sedang berkelana di Jakarta, Indonesia, Safee Sali  bakal disunting pasukan Johor. Tawaran?

  • gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
  • berbanding gaji bulanan Safee Sali sebelum ini juga bersama pasukan Pelita Jaya sekitar AS$1o,000 (RM30,400)
  1. bonus tetap perlawanan
  2. rumah
  3. kenderaan
  4. pemandu peribadi
  5. cukai dibayar oleh kelab 
  6. tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab 
  7. penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC

Kelebihan Lain Yang Bakal Dinikmati Safee Sali Selama Bersama Kelab Pelita Jaya FC:

Sebelum ini Safee Sali Dikatakan Berdepan Masalah Ketika Bermain di Pelita Jaya Apabila :

  • Safee Sali berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

Walaubagaimanapun status terkini mengenai permasalahan tersebut berdasarkan semakan kami di laman Facebook Rasmi Safee Sali adalah seperti berikut :

(Sumber gambar : Facebook Rasmi Safee Sali)

P/S : Pemain bola sepak Malaysia pertama bergelar jutawan. Tahniah sekali lagi kepada Safee Sali.

P/S : Harapan kami, Safee Sali terus menimba seberapa banyak pengalaman selama bersama pasukan Pelita Jaya dan meningkatkan lagi permainan bagi membantu "sisa perjuangan" bersama-sama "mengangkat" prestasi pasukan bola sepak Malaysia sekarang ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved