Sabtu, 12 Oktober 2013

Safee Sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safee Sali - Google Blog Search


&#39;<b>Safee Sali</b> masih milik Arema&#39; ~ bazookapenaka.com

Posted: 15 Sep 2013 07:37 PM PDT


"SAFEE (Mohd. Sali) masih memiliki kontrak bersama Arema Indonesia sehingga Februari tahun depan.

"Jika dia tidak lagi diperlukan Johor Darul Takzim (Johor DT), mana-mana pasukan yang berminat perlu berurusan dengan Arema Indonesia terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat Safee."

Demikian jelas pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab Rahim ketika mengulas khabar angin berhubung masa depan penyerang sensasi negara itu selepas ini.

Ketika ini, polemik mula tercetus apabila Safee dikatakan bakal menyertai pasukan Liga Premier, Johor musim depan.

Ia ekoran kehadiran dua penyerang import, Pablo Aimar serta bekas penyerang Atletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez yang menyertai Johor DT baru-baru ini.

Selain faktor usia, krisis kecederaan yang sering membelenggu Safee juga dikatakan antara faktor khidmat penyerang itu tidak lagi diperlukan Johor DT yang berjaya mendapatkannya menerusi pinjaman daripada Arema Indonesia (dahulunya dikenali sebagai Pelita Jaya) awal musim ini.

Mengakui tidak tahu-menahu berhubung spekulasi berkenaan, Zakaria sebaliknya menasihatkan mana-mana pasukan yang berminat melamar Safee supaya menghubungi pihak pengurusan Arema Indonesia terlebih dahulu.

"Tempoh pinjaman Safee bersama Johor DT akan berakhir pada November depan, jadi persoalan sama ada Safee akan kembali beraksi di Indonesia mahupun menyertai mana-mana pasukan lain di Malaysia hanya boleh diketahui selepas itu jika khidmatnya tidak lagi diperlukan Johor DT," jelas Zakaria kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Zakaria mengakui bersedia untuk kembali menguruskan karier Safee sekiranya penyerang itu berhasrat untuk kembali beraksi di Indonesia.

"Terserah kepada Safee, sama ada mahu kembali beraksi di Indonesia atau pun menyertai pasukan lain, saya tidak berhak menjawab soalan itu.

"Cuma jika dia mahu kembali ke Indonesia, saya bersedia membantu semula menguruskan karier Safee," jelas beliau.

Safee, 29, yang memulakan kariernya bersama pasukan Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor kemudiannya berhijrah ke Arema Indonesia pada 5 Februari 2011 sebelum muncul penjaring terbanyak kelab itu dengan 20 gol musim lalu.

Sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari 2012, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia itu sebelum disunting Johor DT menerusi pinjaman awal musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Arema Indonesia, Iwan Budianto sebelum ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menjual Safee sebelum kontraknya tamat.

Sebaliknya jelas Iwan, penghijrahan Safee ke Johor DT hanyalah bagi memberikan lebih peluang kepada pemain muda Arema Indonesia supaya beraksi lebih kerap dalam mana-mana perlawanan. - Kosmo

ondscene.my – Bertemu Mohd <b>Safee Sali</b> – Penjaring Terbanyak <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2010 04:36 AM PST

Bilik Berita TV3
Sri Pentas
31 Dis 2010
8.05 malam

Sebentar tadi, kami di Bilik Berita TV3 berkesempatan bertemu dan bergambar bersama Mohd Safee Sali – penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010.

Mohd Safee menjadi tetamu eksklusif kami dalam siaran Buletin Utama malam ini.

Fadzil Mohd Rais yang mengendalikan ruangan sukan malam ini, bersama Mohd Safee, terlebih dahulu membuat 'promo' akan kehadiraannya tepat jam 8 tadi.

Promo adalah untuk segmen sukan jam 8.40 malam.

Penerbit segmen sukan, Abu Bakar Atan adalah yang bertanggungjawab berjaya membawa Mohd Safee malam ini.

Dan , kami sempat bergambar bersama Mohd Safee – yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada anda.

Tahniah Pasukan Harimau Malaya!!!

Tak mustahil, mereka mampu sehingga ke peringkat Piala Dunia.

Ini Piala 'Top Scorer Award' AFF Suzuki Cup 2010

..

Kutukan Dewata: <b>Safee Sali</b> Bersama Kekasih Baru!!!

Posted: 06 Aug 2013 08:00 AM PDT

Gambar Safee Sali Bersama Kekasih Baru.

Sebelum ini, Safee Sali dilaporkan sedang 
menjalin hubungan cinta dengan pelakon 
Julia Hana tetapi kedua-duanya tampil 
menafikan gosip tersebut. Menurut Safee 
Sali, beliau memang dah ada 
kekasih baru, tetapi bukan 
Dan yang terbaru, blog Rotikaya telah menyiarkan 
gambar Safee Sali dan kekasih barunya sedang membeli-
belah di Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah 
satu pusat membeli belah mewah dan ternama di 
Gadis ini merupakan warga Indonesia mengambil 
peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada 
di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di sana.
Sebelum ini, Safee Sali dilaporkan sedang 
menjalin hubungan cinta dengan pelakon 
Julia Hana tetapi kedua-duanya tampil 
menafikan gosip tersebut. Menurut Safee 
Sali, beliau memang dah ada 
kekasih baru, tetapi bukan 
Dan yang terbaru, blog Rotikaya telah menyiarkan 
gambar Safee Sali dan kekasih barunya sedang membeli-
belah di Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah 
satu pusat membeli belah mewah dan ternama di 
Gadis ini merupakan warga Indonesia mengambil 
peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada 
di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di sana.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved