safee sali - Google Blog Search |
| Nunez, Mat Yo, Safik dan <b>Safee Sali</b> masih berbisa. | ahmadfaizal.com Posted: 28 Sep 2013 08:08 AM PDT Malam ini, aku sempat tengok perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia antara JDT menentang Kelantan di Stadium Larkin, Johor. Ya, tengok di television. Astro Arena 801. Takdelah kat Stadium Larkin. Tapi teringin gak satu hari nanti nak menonton perlawanan bola sepak kat sana nanti. Tunggu orang Johor mengajak dan ada orang belanja tiket masuk. Boleh? Apapun, malam ini memang menarik. Sebanyak 6 gol terhasil. 4 gol dari JDT dan 2 gol dari Kelantan. Senang cakap. Separuh masa pertama memang sangat menarik. Kedua-dua pasukan bermain dengan sangat laju. Tup-tup, gol. Tap-tappp, gol lagi satu. Pass sana, pass sini. Terjatuh. Dapat free kick. Gol lagi. Tendang sana, gelecek sini, lompat sikit..tup, dapat tanduk. Dan gol lagi..dan paling best. Nunez. Sepakan tepat ke arah gol kali pertama. Terus dapat gol melalui sepakan percuma. Mamat Lunez ni memang masih tak hilang skill walaupun perut tetap kekal boroi. Nasihat aku kepada Nunez, banyakkan berjoging dan sila berdiet dan kalau rajin, baca Teknik Bakar Lemak Pantas Hafiz Wasa. Nescaya, boleh lari laju lepas ini. Haha..
Mat Yo. Macam biasa, sentiasa tenang bila dapat peluang. Gol kedua dijaringkan oleh beliau dengan tenang. Safik Rahim? Walaupun nampak senyap aje malam ini, kamera pun macam malas nak zoom ke dia. Tapi berjaya mencuri perhatian dengan menjaringkan satu gol. Senang kata, malam ini malam JDT. Pertahanan pun dah ok sikit walaupun masih jugak yang bolos. Dan ucapkan terima kasih juga kepada Al-Hafiz yang banyak kali menepis, melompat dan terbang untuk menjaga gawang gol JDT. Memang pemain terbaik pada malam ini. Tahniah! Apek? Memang 99% bukan salah dia. 2 free kick tu, memang mana-mana gol keeper pun belum tentu boleh tangkap. 2 gol lagi yang bolos tu, memang salah pemain pertahanan yang tak memberi perhatian penuh. Berikut merupakan Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2013 – 28 september 2013 Semalam
Hari ini
Ps: Secara jujur, kalau JDT main macam ini, tak mustahil boleh menang lagi kat Kota Bahru nanti. Sekali lagi, kalau main macam ini. Kalau main macam masa dulu-dulu, tak tahulah nak kata apa.. 616 total views, 4 views today |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan