Safee Sali - Google Blog Search |
| '<b>Safee Sali</b> masih milik Arema' ~ bazookapenaka.com Posted: 15 Sep 2013 07:37 PM PDT Demikian jelas pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab Rahim ketika mengulas khabar angin berhubung masa depan penyerang sensasi negara itu selepas ini. Ketika ini, polemik mula tercetus apabila Safee dikatakan bakal menyertai pasukan Liga Premier, Johor musim depan. Ia ekoran kehadiran dua penyerang import, Pablo Aimar serta bekas penyerang Atletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez yang menyertai Johor DT baru-baru ini. Selain faktor usia, krisis kecederaan yang sering membelenggu Safee juga dikatakan antara faktor khidmat penyerang itu tidak lagi diperlukan Johor DT yang berjaya mendapatkannya menerusi pinjaman daripada Arema Indonesia (dahulunya dikenali sebagai Pelita Jaya) awal musim ini. Mengakui tidak tahu-menahu berhubung spekulasi berkenaan, Zakaria sebaliknya menasihatkan mana-mana pasukan yang berminat melamar Safee supaya menghubungi pihak pengurusan Arema Indonesia terlebih dahulu. "Tempoh pinjaman Safee bersama Johor DT akan berakhir pada November depan, jadi persoalan sama ada Safee akan kembali beraksi di Indonesia mahupun menyertai mana-mana pasukan lain di Malaysia hanya boleh diketahui selepas itu jika khidmatnya tidak lagi diperlukan Johor DT," jelas Zakaria kepada Kosmo! semalam. Mengulas lanjut, Zakaria mengakui bersedia untuk kembali menguruskan karier Safee sekiranya penyerang itu berhasrat untuk kembali beraksi di Indonesia. "Terserah kepada Safee, sama ada mahu kembali beraksi di Indonesia atau pun menyertai pasukan lain, saya tidak berhak menjawab soalan itu. "Cuma jika dia mahu kembali ke Indonesia, saya bersedia membantu semula menguruskan karier Safee," jelas beliau. Safee, 29, yang memulakan kariernya bersama pasukan Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor kemudiannya berhijrah ke Arema Indonesia pada 5 Februari 2011 sebelum muncul penjaring terbanyak kelab itu dengan 20 gol musim lalu. Sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari 2012, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia itu sebelum disunting Johor DT menerusi pinjaman awal musim ini. Ketua Pegawai Eksekutif Arema Indonesia, Iwan Budianto sebelum ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menjual Safee sebelum kontraknya tamat. Sebaliknya jelas Iwan, penghijrahan Safee ke Johor DT hanyalah bagi memberikan lebih peluang kepada pemain muda Arema Indonesia supaya beraksi lebih kerap dalam mana-mana perlawanan. - Kosmo |
| Pasukan Johor : Status <b>Safee Sali</b> Masih Jadi Tanda Tanya | Sukan Posted: 08 Nov 2013 10:00 PM PST
KUALA LUMPUR 9 Nov - Penyerang skuad bola sepak kebangsaan, Safee Sali masih belum memutuskan samada kekal untuk beraksi dalam Liga Premier musim depan bersama pasukan Johor. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan meneruskan misi perlawanan bagi pasukan Harimau Selatan itu.. "Safee masih belum buat keputusan. Dia kata masih ingin berfikir, tetapi saya harap dia akan buat keputusan dalam masa dua tiga hari ini. "Apapun kini pasti, Zaquan akan bermain untuk Johor musim hadapan," kata Tunku Ismail selepas menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan JDT dan pasukan Timbalan Setia Negeri (JMF) di Padang Sri Gelam, di sini, semalam. Safee yang juga pemain kelab Indonesia, Arema FC telah ditawarkan untuk beraksi dalam Liga Premier bersama pasukan Johor musim hadapan. Manakala Zaquan yang terlepas hampir separuh musim Liga Malaysia 2013 akibat kecederaan sudah menyatakan persetujuan untuk beraksi bersama pasukan Johor. PBNJ akan mengumumkan senarai pasukan Johor secara rasmi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 21 Disember ini. Last Updated on Saturday, 09 November 2013 13:16 |
| You are subscribed to email updates from Safee Sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

.jpg)
0 ulasan:
Catat Ulasan