safee sali - Google Blog Search |
| Pasukan Johor : Status <b>Safee Sali</b> Masih Jadi Tanda Tanya | Sukan Posted: 08 Nov 2013 10:00 PM PST
KUALA LUMPUR 9 Nov - Penyerang skuad bola sepak kebangsaan, Safee Sali masih belum memutuskan samada kekal untuk beraksi dalam Liga Premier musim depan bersama pasukan Johor. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan meneruskan misi perlawanan bagi pasukan Harimau Selatan itu.. "Safee masih belum buat keputusan. Dia kata masih ingin berfikir, tetapi saya harap dia akan buat keputusan dalam masa dua tiga hari ini. "Apapun kini pasti, Zaquan akan bermain untuk Johor musim hadapan," kata Tunku Ismail selepas menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan JDT dan pasukan Timbalan Setia Negeri (JMF) di Padang Sri Gelam, di sini, semalam. Safee yang juga pemain kelab Indonesia, Arema FC telah ditawarkan untuk beraksi dalam Liga Premier bersama pasukan Johor musim hadapan. Manakala Zaquan yang terlepas hampir separuh musim Liga Malaysia 2013 akibat kecederaan sudah menyatakan persetujuan untuk beraksi bersama pasukan Johor. PBNJ akan mengumumkan senarai pasukan Johor secara rasmi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 21 Disember ini. Last Updated on Saturday, 09 November 2013 13:16 |
| You are subscribed to email updates from safee sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan