Jumaat, 22 November 2013

Safee Sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safee Sali - Google Blog Search


<b>Safee Sali</b> Nafi Menyertai Selangor 2014 | ZerousVortex[dot]Com

Posted: 15 Nov 2013 03:17 PM PST


Terkejut dan hairan, itulah reaksi bekas penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Safee Sali, apabila mengetahui ada laporan berita yang menyatakan dia bersetuju untuk menyertai Selangor pada musim hadapan.
Sedangkan masih berada di Manama, Bahrain bagi membantu Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia 2015, dia menegaskan masih belum menandatangani kontrak dengan Selangor atau pasukan-pasukan lain.
Menafikan 100 peratus dia telah memilih Selangor, Safee berkata, segala teka-teki mengenai pasukan barunya hanya akan terjawab selepas menentang Qatar, Selasa depan.
''Saya tidak tahu bagaimana ada orang boleh petik nama saya dan mengatakan sudah sah akan ke Selangor sedangkan saya tidak ada keluarkan sebarang kenyataan.
''Buat masa ini, saya belum lagi membuat keputusan atau telah turunkan tandatangan kontrak dengan Selangor atau mana-mana pasukan, masih di tahap perbincangan.
''Namun, saya tidak mahu sebarang komen lebih mendalam kerana fokus saya pada masa sekarang adalah dengan Harimau Malaya kerana kami akan lalui dua perlawanan penting kelayakan Piala Asia 2015," katanya ketika dihubungi, semalam.
Walaupun masih mempunyai baki kontrak selama dua bulan bersama, Arema Cronous, Safee telah diberitahu oleh majikan lamanya, baru-baru ini yang dia tidak perlu pulang ke Indonesia kerana kuota pemain import telah dipenuhi.

Pernah menyarung jersi Selangor dari tahun 2006 hingga 2010, Safee meraih perhatian ramai pihak apabila menjadi watak utama membantu skuad kebangsaan menamatkan kemarau 20 tahun kejuaraan Piala AFF Suzuki dengan menjadi penjaring terbanyak kejohanan iaitu sebanyak lima gol.
Prestasi hebatnya itu berjaya memikat hati salah sebuah kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya untuk membawanya ke sana dan pada penampilan tahun pertama, dia berjaya menjaringkan tujuh gol dalam tiga belas perlawanan.
Malah, Safee pernah menjadi ketua pasukan Pelita pada musim keduanya dan menjadi salah sebuah nama besar di dalam dunia bola sepak Indonesia pada tahun 2012.
Segala-galanya bertukar menjadi malap kepada Safee apabila bersama Johor DT musim lalu secara pinjaman selain kerap ditimpa masalah kecederaan, kariernya bagaikan tidak menentu apabila sekadar memanaskan bangku simpanan dan hanya mampu menjaringkan tiga gol. -Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved