Sabtu, 30 November 2013

safee sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safee sali - Google Blog Search


<b>Safee Sali</b> bantai Ketua Pengarah MSN | EkELEH.COM

Posted: 18 Nov 2013 07:35 AM PST

Safee_Sali_MSN_1Kita pun terasa hairan membaca kenyataan sebelum ini di Sinar Harian Online [dah dipadam],  Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkeples Embong yang mengulas kekalahan Malaysia kepada Bahrain sebelum ini.

Kekalahan yang sudah diagak, tentu membuatkan pemain seperti Safee Sali sakit hati. Memperlekehkan bola sepak dari orang tertinggi sukan sendiri [dituju untuk Presiden FAM kot!]. Lalu Safee Sali terasa nak bantai, lalu dia membuat tweet seperti di atas.

Luahan Safee Sali juga dibuat melalui akhbar Kosmo Online   'Usah pandai kritik saja'. Namun tak berpanjangan kerana juga telah dipadam oleh akhbar tersebut.

Safee_Sali_MSN_2Hanya pendahuluan yang tinggal, "Penerang Harimau Malaya, Safee Sali menegaskan, sudah tiba masanya pasukan kebangsaan memerlukan sokongan padu dari semua pihak, bukannya kritikan…"

Bantai, jangan tak bantai….orang kuat FAM sama dan diri sendiri juga!!!

ekslusif| <b>safee sali</b> mengamuk di twitter - abgteror hotline news

Posted: 18 Nov 2013 06:41 AM PST

Post image for EKSLUSIF| SAFEE SALI MENGAMUK DI TWITTER

EKSLUSIF| SAFEE SALI MENGAMUK DI TWITTER | Penyerang bolasepak negara Safee Sali terjerumus dalam kancah kontroversi apabila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkeples Embong dalam akhbar bahawa kekalahan kepada pasukan Bahrain telah diduga.

Safee mentafsir Zolkaples sebagai seorang yang banyak bercakap tetapi tidak tahu buat kerja.

Harimau Malaya selepas tewas 1-0 kepada Bahrain.safee+sali+mengamuk

Kelakarnya, tindakan Safee menghentam Zolkeples turut mengheret nama Siti Nurhaliza.

Ini gara-gara kenyataan Siti yang menghentam Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin kononnya bersikap tidak menghormati orang tua dalam isu teguran terhadap FAM baru-baru ini.

Contoh tweet yang turut mahu mengheret dan menyindir Siti dengan kes antara Safee dan Zolkeples.

KOMEN'Apa istimewanya Safee Sali hingga tidak ditegur oleh @CTNurhaliza11 walaupun beliau kurang ajar sedangkan @Khairykj selamba je CT tegur?' – AlterEgo ?@AlterEgo786

Hari tu Safee hentam Annuar Musa, ni hentam Zolkples Embong pulak. Dato CT tak nak tegur ke Safee Sali ni?  – Sukan Star ?@sukanstar

Nampaknya dalam kes macamnie, Datuk Siti pun

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
EKSLUSIF| SAFEE SALI MENGAMUK DI TWITTER, 10.0 out of 10 based on 1 rating Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kedahkini: Panas! Selangor Melepas, <b>Safee Sali</b> Buat Pusingan U.....

Posted: 21 Nov 2013 03:26 AM PST

FAS akur keputusan Safee

Safee Sali

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) akur dengan keputusan penyerang kebangsaan, Safee Sali yang memutuskan untuk kekal bersama Johor Darul Takzim (JDT) meskipun sudah menyatakan persetujuan awal untuk kembali kepangkuan Gergasi Merah Kuning, dua minggu lalu.

Biarpun kecewa dengan tindakan Safee membuat pusingan U itu, namun Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar berkata, beliau memahami senario bola sepak tempatan hari ini dan justeru itu beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain tersebut.

"Dalam pertemuan saya dengan Safee, dia bersetuju kembali ke Selangor dengan gaji bulanan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

"Semasa Safee bertemu saya pertama kali, Safee telah menyatakan kekecewaan beliau disebabkan beliau harus bermain di dalam Liga Perdana jika kekal bersama Johor untuk musim baru.

"Di atas faktor tersebut, Safee hendak kembali ke Selangor dan kami dengan hati terbuka menerima beliau. Dan mengikut perancangan sebenar, kami akan membawa Safeee ke pejabat FAS untuk satu majlis ringkas menandatangani kontrak sebagai memeterai perjanjian lisan kedua-dua pihak selepas pasukan kebangsaan selesai perlawanan dengan Qatar dalam kempen Piala Asia.

"Tetapi apabila kami dimaklumkan menerusi pihak ketiga bahawa pengurusan JDT mahu mengekalkan Safee untuk bermain dalam Liga Super, FAS tiada pilihan lain dan demi kepentingan beliau sendiri kami melepaskan Safee," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Dalam laporan media tempatan hari ini, teka-teki mengenai status Safee sama ada berhijrah ke pasukan lain atau kekal bersama JDT pada musim depan akhirnya terjawab apabila Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Johor Southern Tigers mengesahkan bahawa beliau akan kekal bersama skuad Harimau Selatan mengharungi kempen Liga M.

Malah Safee yang dipetik dalam laman berkenaan juga amat teruja untuk kembali berkhidmat bersama skuad bimbingan Cesar Ferrando Jiminez tatkala bekas pemain Arema FC itu mahu melangsaikan tugas yang perlu diselesaikan selepas gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang kempen Liga Super musim ini.

Tambah Mokhtar, sikap profesional harus digambarkan menerusi rundingan dan perjanjian sebelum mengikat kontrak. "Kalau mengikut undang-undang kontrak, perjanjian lisan juga dianggap memeterai kontrak.

"Apa pun, saya berharap semua pihak khususnya penyokong memahami situasi terkini dan tidak mencetuskan polemik serta spekulasi dan menunding jari kepada pengurusan FAS atas keputusan Safee," katanya yang berhasrat membawa pulang Safee ke Selangor berasaskan anggapan penyerang berusia 29 tahun itu mampu mengembalikan sentuhannya dalam suasana yang hanya boleh disediakan pengurusan FAS.

"Idea kami pada awalnya menjadikan Safee sebagai penyerang utama sambil memberi dia ruang membimbing penyerang musa yang ada dalam senarai barisan FAS pada 2014.

"Kami juga mengenang jasa Safee bersama Selangor selama lima tahun pada 2006-2011 dan di atas sebab itu kami percaya dia masih mempunyai pengikut yang ramai yang percaya kepada kewibawaannya selain hakikat bahawa FAS memerlukan khidmatnya untuk bersing di peringkat Liga M dan Piala AFC.

"Apa pun, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Safee," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved