Rabu, 12 Februari 2014

Safee Sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safee Sali - Google Blog Search


Pemain JDT Sudah ada persefahaman – <b>Safee Sali</b> | JTimes

Posted: 10 Jan 2014 02:12 AM PST

JDT  telah menemui lawan mereka yang sebenar pada perlawanan persahabatan menentang Pelita Bandung Raya . Dengan corak permainan posesif yang ditunjukkan oleh kedua-dua lawan dan Pablo Aimar yang sentiasa dibayangi Bambang Pamungkas, kelihatannya agak rimas dan kurang meyakinkan. Nurul Azwan Roya pantas disayap kiri dan berganding baik untuk membantu Luciano, namun agak tumpul dalam mendapatkan gol yang dicari.

Pemain tengah Pelita Bandung TA Musafri mengejutkan penjaga gol JDT Norazlan Razali dengan tandukan rendah bagi gol pembukaan pada minit ke- 43.

Separuh masa kedua melihat beberapa penukaran dibuat oleh Jiminez dan corak permainan bertukar lebih pantas. Safee Sali berjaya menjaringkan gol penyamaan dengan solo tersendirinya pada minit ke-75 melalui hantaran Pablo Aimar.

"Kami berlatih keras dan masih mencari keserasian dan secara peribadi, saya berjaya meningkatkan keyakinan dalam permainan saya dan sudah pasti saya mahu berada dalam kesebelasan utama". Katanya ringkas selepas perlawanan.

Jelas beliau telah mendapat suntikan semangat baru oleh Jurulatih Cesar Jiminez yang telah mengendalikan corak latihan berbeza dan diharapkan Safee Sali akan berada pada tahap terbaik pada perlawanan pertama musim baru 18hb Januari ini

Atikal asal : http://johorsoutherntigers.com.my/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved