Safee Sali - Google Blog Search |
| bazookapenaka.com | <b>Safee Sali</b> kecewa gagal sempurnakan penalti Posted: 28 Apr 2014 03:02 AM PDT Safee Sali kecewa kerana dia gagal menyempurnakan sepakan penalti yang boleh menghadiahkan kemenangan untuk Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Filipina.
Dalam laporan Harian Metro hari ini, Safee berkata dia kecewa kerana itu adalah peluang terbaiknya untuk memberikan Harimau Malaya kemenangan. "Saya kecewa. Tidak ada sesiapa yang mengarahkan saya untuk mengambil sepakan itu sebaliknya itu keputusan saya sendiri. Saya yakin dapat menyempurnakan sepakan itu tapi sebaliknya yang terjadi," katanya kepada akhbar harian tempatan itu. Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan. Namun, beraksi di depan 10,000 penyokong sendiri, ia memberi sedikit suntikan kepada Filipina untuk menguasai perlawanan terutamanya di separuh masa pertama. Dalam pada itu, Datuk Ong Kim Swee turut menegaskan tiada siapa yang harus dipersalahkan diatas keputusan seri tersebut, kerana beliau menganggap pemain-pemainnya beraksi dibawah arahannya. – SA |
| You are subscribed to email updates from Safee Sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan