Ahad, 9 September 2012

safee sali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safee sali - Google Blog Search


PES 2013 - <b>SAFEE SALI</b> cover - MALAYSIA - Pro Evolution Soccer <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 02:06 AM PDT

<b>Safee Sali</b> di program KEADILAN DUN Batu Tiga - MiLo SuaM

Posted: 05 Sep 2012 04:15 PM PDT

KELMARIN sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam.

Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut.

Nampaknya Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail turut meminati Safee Sali dan Pelitajaya.

Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" di dalam program tersebut.

Antaranya T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.

Apapun tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang tidak bimbang periuk nasinya terjejas kerana menghadiri program KEADILAN seperti ini.

Orang berbakat seperti Safee tidak perlu bimbang untuk menghadiri program-program Pakatan Rakyat seperti ini kerana nilai bakatnya melangkaui ideologi politik.

Lagipun pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN.

ReJaM© "Selamat maju jaya diucapkan kepada Safee Sali... "

Anak Sungai Derhaka: <b>Safee Sali</b> sokong Keadilan?.. betul ke?

Posted: 07 Sep 2012 12:58 AM PDT


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor  Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

"Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

"Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru , atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan", katanya ketika dihubungi hari ini.


Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor,  Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, "itu kena tanya dia sendiri."

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemui peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu - Free Malaysia Today

Lagi gambar-gambar sila lihat di ( MiLo SuaM )

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safee Sali

Copyright 2010 All Rights Reserved