Safee Sali - Google Blog Search |
- <b>Safee Sali</b> di program KEADILAN DUN Batu Tiga - MiLo SuaM
- Anak Sungai Derhaka: <b>Safee Sali</b> sokong Keadilan?.. betul ke?
- Kulaan Niring: Betul Ker <b>Safee Sali</b> Dah Masuk PKR????
| <b>Safee Sali</b> di program KEADILAN DUN Batu Tiga - MiLo SuaM Posted: 05 Sep 2012 04:15 PM PDT KELMARIN sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam. Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut. Nampaknya Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail turut meminati Safee Sali dan Pelitajaya. Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" di dalam program tersebut. Antaranya T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya. Apapun tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang tidak bimbang periuk nasinya terjejas kerana menghadiri program KEADILAN seperti ini. Orang berbakat seperti Safee tidak perlu bimbang untuk menghadiri program-program Pakatan Rakyat seperti ini kerana nilai bakatnya melangkaui ideologi politik. Lagipun pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN. ReJaM© "Selamat maju jaya diucapkan kepada Safee Sali... " |
| Anak Sungai Derhaka: <b>Safee Sali</b> sokong Keadilan?.. betul ke? Posted: 07 Sep 2012 12:58 AM PDT Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini. "Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali. "Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru , atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan", katanya ketika dihubungi hari ini. Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh. Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, "itu kena tanya dia sendiri." Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR. Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR. Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemui peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu - Free Malaysia Today Lagi gambar-gambar sila lihat di ( MiLo SuaM ) |
| Kulaan Niring: Betul Ker <b>Safee Sali</b> Dah Masuk PKR???? Posted: 07 Sep 2012 09:08 PM PDT Korang kenal ke Safee Sali ni? Gua percaya majoriti rakyat Malaysia dan Indonesia pasti mengenali penyerang bolasepak skuad kebangsaan Malaysia ini. Khabarnya kelmarin bertempat di Batu Tiga Shah Alam, Safee Sali telah menghadiri program Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail. Dalam program ini Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda". Antara hadiah yang disumbangkan seperti T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya. Kehadiran Safee dipercayai didorong oleh pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack yang merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN. Ok fine.... itu hak Safee la. Sebagai ikon anak muda, beliau boleh pergi dan hadiri apa sahaja program yang menjemput beliau. Beliau hak rakyat. Cuma harapan gua, Safee tidak terpengaruh dan terpedaya dengan janji-janji manis PR. |
| You are subscribed to email updates from Safee Sali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




0 ulasan:
Catat Ulasan